Sunday, April 27, 2008

NEW PM or NEW CABINET SO SOON ???

Saya ada terbaca di dada akhbar-akhbar perdana... dan juga di akhbar-akhbar tabloid... akhbar-akhbar parti.. dan juga akhbar-akhbar ngo yang semuanya menjurus kepada dua isu :-

ISU PERTAMA: NEW PM - Peralihan Kuasa

Dengar-dengarnya sibuk dicanang Paklah diminta berundur oleh ramai rakan-rakan dibawah secara langsung maupun tidak langsung, secara selindung maupun sindiran. Pak Yidin, Pak Ajib, Pak KuLi... dan ramai lagi... Menantu kesayangan Paklah senyap jer sejak 8 Mac 2008. Anak kesayangan Pak Madir pulak makin berani menyuarakan pendapat. Ape-apepun, teman tau, politik macam ni... tak selamanya Dato Seri di atas, dan tak selamanya Encik di bawah.

ISU KEDUA: PAKATAN RAKYAT AS NEW CABINET

Isu Panas... Dato Seri Anwar cakap Pakatan Rakyat akan membentuk kabinet baru dengan majoriti yang diperolehi dari lompat parti ahli parlimen BN di Sabah dan Sarawak.
Namun ada jugak yang teman baca, diperhalusi, tidak lompat parti tetapi sekadar undi tidak percaya dan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Apepun, teman harap andai benar maka segala janji Pakatan Rakyat sebelum pilihanraya akan dikota.... and then barulah teman HAPPY sangat-sangat dengan the NEW CABINET.

Wednesday, April 23, 2008

TIPS: PENGURUSAN KEWANGAN (Part 1)

"Orang Malaysia kebanyakannya agak senang, banyak duit, TAPI, dalam masa yang sama ramai Orang Malaysia tidak menguruskan duit dengan betul".

"Tidak Cukup Duit adalah satu masalah, NAMUN, tidak pandai urus duit adalah masalah yang lebih besar!".

************************************************************************************
TIPS 1: Simpanan Tetap dari Pendapatan sebanyak 5%
[SIMPANAN TETAP 5% / FIX SAVE 5%]

************************************************************************************
Setiap pendapatan yang kita perolehi mesti kita simpan secara tetap dan tidak disentuh sebanyak 5%. Simpanan Tetap 5% ini tidak boleh dianggap simpanan untuk kawin, simpanan deposit kereta atau simpanan nak buat rumah banglo. Simpanan tetap ini hanyalah semata-mata disimpan dengan harapan tidak akan digunakan melainkan in case of REAL EMERGENCY.

CONTOH SIMPANAN TETAP 5%

Gaji/Pendapatan = RM2000
Simpan 5% = RM100
Jumlah Simpanan = RM100
Baki Gaji/Pendapatan = RM1900

INGAT:
1. AMAT SIKIT Beza duit yang diasingkan sebagai SIMPANAN TETAP 5%, DISIPLINKAN DIRI.
2. Sekiranya perlu simpanan lain untuk beli rumah, kahwin atau deposit kereta, sila buat simpanan yang berasingan. JANGAN anggap SIMPANAN TETAP 5% untuk itu semua.
3. Jangan rasa simpanan anda membazir, saya akan ceritakan pengalaman saya di bahagian akan datang.

"SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN"

KAPIT 96800

Kapit adalah salah satu Bahagian yang terdapat di negeri Sarawak. Secara Geografi, Kapit terletak di bahagian selatan di negeri Sarawak, di Hulu Sungai Rajang. Sungai Rajang adalah jalan pengangkutan yang sangat penting, dan adalah satu-satunya mod pengangkutan awam yang menghubungkan Kapit dengan bandar-bandar terdekat seperti Sibu (2 jam 30 minit dengan menaiki Bot Express) dan Belaga.
Kapit, meliputi 3 bahagian kecil iaitu Kapit, Song dan Belaga.

BANDAR KAPIT, dimasuki melalui Jeti Express di tebing Sungai Rejang terus ke bangunan-bangunan perniagaan yang mojoritinya peniaga-peniaga Cina, dan juga sedikit Iban, Melanau, Melayu dan lain-lain. Terdapat dua Stesen Minyak yang sentiasa dikerumuni kenderaan di waktu siang. Rumah-rumah kedai berderetan menjual pelbagai bentuk barang kegunaan harian, perhiasan, buku, restoran, barang kasar, pembinaan dan sebagainya. Terdapat Dataran Kapit yang sentiasa penuh dengan orang yang berehat atau melepak. Terdapat juga pasar basah yang sedang besarnya yang dikerumuni suri-suri rumah dan pengusaha-pengusaha kedai makan. Wisma Persekutuan adalah bangunan terakhir di sebelah Selatan yang menempatkan pejabat-pejabat Kerajaan. Di beberapa bahagian dalam Bandar Kapit ini terdapat hotel-hotel kecil dan sederhana yang boleh disewa.

Pada pandangan peribadi, Bandar Kapit ibarat sebuah pulau jauh di tengah lautan. Fungsi penting Bandar ini adalah kepada seluruh masyarakat Iban dan lain-lain kaum di seluruh Sungai Rajang dan anak-anak sungai yang berdekatan menjual dan mendapatkan sumber keperluan, urusan bank, pos, dan sebagainya. Fungsi kedua, Bandar ini adalah sokongan kepada aktiviti Pembalakan di Hulu Sungai Rejang. Disamping itu, keperluan seluruh manusia samada penduduk tempatan ataupun pendatang (samada dengan izin atau tanpa izin) turut bergantung kepada Bandar Kapit. Bagi yang mempunyai kesenangan dan kelapangan, Bandar Sibu adalah destinasi seterusnya bagi mendapatkan apa-apa keperluan.

Tuesday, April 22, 2008

CERPEN: TRAJEDI BERKE'LAH WATERFALLS (Part 1)

[3.00pm]... Dari tengah hari tadi Shah kesakitan menahan sakit leher yang bermula lepas dia terjaga dari tidur secara mengejut. Selepas tidak menghiraukan nasihat kawan-kawan yang melarang peserta perkhemahan membuat terjunan tiruk di kolam besar, Shah tertidur keletihan di atas batu di tebing kolam besar.
Kolam Besar di Air Terjun Berkelah ini memang agak terkenal di daerah Maran, Pahang sebagai sebuah tempat perkhemahan golongan penggemar aktiviti rekreasi...
Kolam besar ini memang dalam kata orang... Air terjun setinggi 150meter yang membenam ke kolam ini dengan deras dikatakan membentuk kedalaman dua kali tinggi air terjun. Namun ada juga kata orang kedalamannya 15 tingkat bangunan... apa pun, kolam besar tetap dalam...
[12.15pm]... Apabila terjaga Shah terasa kesakitan yang amat sangat pada belakang lehernya, panahan matahari terik membuat Shah terpaksa menahan silau dengan tangannya. "Tolong..." terpancul perlahan dari bibirnya... kepalanya dirasakan tak boleh digerakkan... dalam keadaan masih terbaring atas batu dan tangan kanan menghalang silau, Shah menjeling ke kolam besar di sebelahnya. Riki sedang berenang-renang tidak mendengar panggilan perlahan Shah tadi... "Riki....Tolong", Shah cuba lagi...kali ini dengan lebih kuat... namun belum mampu melawan bising jatuhan air terjun ke kolam besar... Shah rasa amat lesu... dalam kelesuan badannya terkaku terlentang di batu dek lehernya yang tak dapat digerakkan... teringat dia apa yang berlaku sebelum dia tidur tadi...
[9.45am]... "Oi bahaya la Shah dan Riki ni dok terjun tiruk dari atas tu", kata Nordin kepada Shafiq di tepi kolam besar. Shafiq dalam kolam sedang mandi bersama ramai lagi rakan dan junior sambil diperhatikan Nordin dari tebing. Nordin dan Shafiq memang jarang serentak kalau mandi di kolam, sungai atau pantai. Mesti seorang di tebing, dan kemudian bergilir. Dua orang lama dalam bidang rekreasi ini sangat berpengalaman dalam hal-hal rekreasi dan sentiasa mengutamakan keselamatan dan mengambil langkah berjaga-jaga yang tinggi. "Nak wat macam mana Din, aku dah larang dua tiga kali, mentang-mentang kita join trip ni atas jemputan, nasihat kita orang dah tak peduli Din", keluh Shafiq. Riki dan Shah bergilir-gilir terjun tiruk dari air terjun ke kolam besar sambil bergelak ketawa, sambil diperhatikan Nordin yang dah merah padam muka menahan geram. Rakan-rakan lain gusar dengan situasi tersebut namun hanya mampu mendiamkan diri. "Naik semua, dah... cukuplah", pinta Nordin dari tepi kolam. Semua berengan ke tebing kolam, naik menuju ke khemah. Yang paling akhir naik ialah Shafiq. Riki dan Shah berada di atas sana sedang berehat sambil berbual. "Mandi Din, aku tunggu", Shafiq berkata sebaik saje mencapai tualanya. "Ok, sekejap je, takde mood", sahut din sambil turun ke kolam. Tak sampai 5 minit naik semula, mencapai tuala, Nordin berjalan ke khemah bersama Shafiq. "Wacaaaaa......", tetiba bunyi Riki dan Shah terjun lagi ke kolam besar. Nordin memandang Shafiq dengan seribu makna. "Sabar Din, apa nak buat"...
[To be continue]

*Berjayakah Shah meminta pertolongan ?
*Apakah nasib Shah yang kesakitan ?
*Apa yang boleh dilakukan oleh Nordin & Shafiq ?
Nantikan sambungan Cerpen ini...

Monday, April 21, 2008

BILA FAHAM POLITIK SEHALA. .

Saya menulis komen ini selepas bosan dengan sikap beberapa orang rakan yang kerap memberikan pendapat atau komen tentang politik secara membuta tuli. Ape yang dibuat oleh parti pemerintah semua betul, pembangkang pulak semuanya salah. Macam mana boleh berfikiran begini, kita belajar tinggi-tinggi jadi golongan profesional tapi "Not Wise Enough to See with eyes, Think With Brain and Feel with Heart". Janganlah membuta tuli membuat komen kalau hanya mendengar dari sebelah pihak. Sebabnya, bila orang dengar kita tak matang bercakap orang tahu kita bodoh berfikir walaupun orang tak betah cakap kita. Jangan salah faham. Saya sokong kerajaan atas nama penjawat awam. Tapi bila orang kerajaan bercakap atas tiket politik, saya harus berwaspada dan mendengar dari semua pihak. Orang politik boleh bertukar ganti mentadbir kerajaan, tetap jugak kita kena sokong kerajaan walaupun dari mana mereka datang.
Saya menjemput semua orang terutamanya rakan-rakan guru untuk membina satu kaedah baru dalam politik Malaysia... Jadi PENGADIL... Be a JUDGE.... mudah. Sebagai golongan CENDEKIAWAN kita harus mentelaah semua maklumat, nilaikan mana yang baik dan tidak dan buat kesimpulan... Yang BETUL tetap BETUL walau siapa yang cakap. Dan yang SALAH tetap SALAH walau siapa yang buat.

Saturday, April 19, 2008

GURU... CIKGU...

Telah masuk dua tahun saya memulakan khidmat sebagai seorang guru... Pekerjaan yang pada pendapat saya sangat mulia dan banyak manfaat kena pada jiwa saya.
Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar sepanjang 2 tahun ini. Saya telah dihantar bertugas di sebuah sekolah kawasan pendalaman di hulu sungai kecil yang bersambung dengan Sungai Rejang di Bahagian Kapit, Sarawak. Semasa di hantar ke sana dengan rakan-rakan lain dari semenanjung seramai kira-kira 126 orang ke Bahagian Kapit, segalanya nampak samar atas keadaan dan situasi yang berlainan. Namun atas nama tugas segalanya disesuaikan dengan cepat.
Bagi saya, pengalaman yang telah dan akan dilalui akan menjadi satu makna yang besar dalam profesion sebagai seorang cikgu. Disini saya turut menjadi murid yang taat dengan keadaan dan ilmu pengalaman baru yang tak pernah habis. Banyak perkara baru dipelajari secara langsung atau tidak.
Semalam ibu saya bertanya, "Suka tak jadi cikgu?". Pantas saya jawab, "Suka sangat-sangat, rugi tak awal lagi jadi cikgu!"

Ya Allah, jadikanlah aku guru yang baik, yang dikehendaki, dan yang diredhai Mu. Amin

PEMBUKA BICARA PEMECAH AIR BATU

Assalamualaikum,
Salam Perkenalan buat semua ... Saya kepingin untuk menulis dan menulis (dalam konteks ini menaip) sesuatu untuk tatapan semua bagi berkongsi ape saje samada pengalaman, pendapat dan sebagainya. Yang mana baik boleh dipakai, yang mana buruk tegurlah saya. Saya manusia, tidak sempurna dan tidak sentiasa betul.
Bosan atau tidak, ada pembaca atau tidak bukan dalam bidang kuasa saya... saya hanya menulis dan menulis untuk kepuasan diri...