Tuesday, April 22, 2008

CERPEN: TRAJEDI BERKE'LAH WATERFALLS (Part 1)

[3.00pm]... Dari tengah hari tadi Shah kesakitan menahan sakit leher yang bermula lepas dia terjaga dari tidur secara mengejut. Selepas tidak menghiraukan nasihat kawan-kawan yang melarang peserta perkhemahan membuat terjunan tiruk di kolam besar, Shah tertidur keletihan di atas batu di tebing kolam besar.
Kolam Besar di Air Terjun Berkelah ini memang agak terkenal di daerah Maran, Pahang sebagai sebuah tempat perkhemahan golongan penggemar aktiviti rekreasi...
Kolam besar ini memang dalam kata orang... Air terjun setinggi 150meter yang membenam ke kolam ini dengan deras dikatakan membentuk kedalaman dua kali tinggi air terjun. Namun ada juga kata orang kedalamannya 15 tingkat bangunan... apa pun, kolam besar tetap dalam...
[12.15pm]... Apabila terjaga Shah terasa kesakitan yang amat sangat pada belakang lehernya, panahan matahari terik membuat Shah terpaksa menahan silau dengan tangannya. "Tolong..." terpancul perlahan dari bibirnya... kepalanya dirasakan tak boleh digerakkan... dalam keadaan masih terbaring atas batu dan tangan kanan menghalang silau, Shah menjeling ke kolam besar di sebelahnya. Riki sedang berenang-renang tidak mendengar panggilan perlahan Shah tadi... "Riki....Tolong", Shah cuba lagi...kali ini dengan lebih kuat... namun belum mampu melawan bising jatuhan air terjun ke kolam besar... Shah rasa amat lesu... dalam kelesuan badannya terkaku terlentang di batu dek lehernya yang tak dapat digerakkan... teringat dia apa yang berlaku sebelum dia tidur tadi...
[9.45am]... "Oi bahaya la Shah dan Riki ni dok terjun tiruk dari atas tu", kata Nordin kepada Shafiq di tepi kolam besar. Shafiq dalam kolam sedang mandi bersama ramai lagi rakan dan junior sambil diperhatikan Nordin dari tebing. Nordin dan Shafiq memang jarang serentak kalau mandi di kolam, sungai atau pantai. Mesti seorang di tebing, dan kemudian bergilir. Dua orang lama dalam bidang rekreasi ini sangat berpengalaman dalam hal-hal rekreasi dan sentiasa mengutamakan keselamatan dan mengambil langkah berjaga-jaga yang tinggi. "Nak wat macam mana Din, aku dah larang dua tiga kali, mentang-mentang kita join trip ni atas jemputan, nasihat kita orang dah tak peduli Din", keluh Shafiq. Riki dan Shah bergilir-gilir terjun tiruk dari air terjun ke kolam besar sambil bergelak ketawa, sambil diperhatikan Nordin yang dah merah padam muka menahan geram. Rakan-rakan lain gusar dengan situasi tersebut namun hanya mampu mendiamkan diri. "Naik semua, dah... cukuplah", pinta Nordin dari tepi kolam. Semua berengan ke tebing kolam, naik menuju ke khemah. Yang paling akhir naik ialah Shafiq. Riki dan Shah berada di atas sana sedang berehat sambil berbual. "Mandi Din, aku tunggu", Shafiq berkata sebaik saje mencapai tualanya. "Ok, sekejap je, takde mood", sahut din sambil turun ke kolam. Tak sampai 5 minit naik semula, mencapai tuala, Nordin berjalan ke khemah bersama Shafiq. "Wacaaaaa......", tetiba bunyi Riki dan Shah terjun lagi ke kolam besar. Nordin memandang Shafiq dengan seribu makna. "Sabar Din, apa nak buat"...
[To be continue]

*Berjayakah Shah meminta pertolongan ?
*Apakah nasib Shah yang kesakitan ?
*Apa yang boleh dilakukan oleh Nordin & Shafiq ?
Nantikan sambungan Cerpen ini...

No comments: