Saturday, April 19, 2008

GURU... CIKGU...

Telah masuk dua tahun saya memulakan khidmat sebagai seorang guru... Pekerjaan yang pada pendapat saya sangat mulia dan banyak manfaat kena pada jiwa saya.
Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar sepanjang 2 tahun ini. Saya telah dihantar bertugas di sebuah sekolah kawasan pendalaman di hulu sungai kecil yang bersambung dengan Sungai Rejang di Bahagian Kapit, Sarawak. Semasa di hantar ke sana dengan rakan-rakan lain dari semenanjung seramai kira-kira 126 orang ke Bahagian Kapit, segalanya nampak samar atas keadaan dan situasi yang berlainan. Namun atas nama tugas segalanya disesuaikan dengan cepat.
Bagi saya, pengalaman yang telah dan akan dilalui akan menjadi satu makna yang besar dalam profesion sebagai seorang cikgu. Disini saya turut menjadi murid yang taat dengan keadaan dan ilmu pengalaman baru yang tak pernah habis. Banyak perkara baru dipelajari secara langsung atau tidak.
Semalam ibu saya bertanya, "Suka tak jadi cikgu?". Pantas saya jawab, "Suka sangat-sangat, rugi tak awal lagi jadi cikgu!"

Ya Allah, jadikanlah aku guru yang baik, yang dikehendaki, dan yang diredhai Mu. Amin

No comments: