Wednesday, April 23, 2008

KAPIT 96800

Kapit adalah salah satu Bahagian yang terdapat di negeri Sarawak. Secara Geografi, Kapit terletak di bahagian selatan di negeri Sarawak, di Hulu Sungai Rajang. Sungai Rajang adalah jalan pengangkutan yang sangat penting, dan adalah satu-satunya mod pengangkutan awam yang menghubungkan Kapit dengan bandar-bandar terdekat seperti Sibu (2 jam 30 minit dengan menaiki Bot Express) dan Belaga.
Kapit, meliputi 3 bahagian kecil iaitu Kapit, Song dan Belaga.

BANDAR KAPIT, dimasuki melalui Jeti Express di tebing Sungai Rejang terus ke bangunan-bangunan perniagaan yang mojoritinya peniaga-peniaga Cina, dan juga sedikit Iban, Melanau, Melayu dan lain-lain. Terdapat dua Stesen Minyak yang sentiasa dikerumuni kenderaan di waktu siang. Rumah-rumah kedai berderetan menjual pelbagai bentuk barang kegunaan harian, perhiasan, buku, restoran, barang kasar, pembinaan dan sebagainya. Terdapat Dataran Kapit yang sentiasa penuh dengan orang yang berehat atau melepak. Terdapat juga pasar basah yang sedang besarnya yang dikerumuni suri-suri rumah dan pengusaha-pengusaha kedai makan. Wisma Persekutuan adalah bangunan terakhir di sebelah Selatan yang menempatkan pejabat-pejabat Kerajaan. Di beberapa bahagian dalam Bandar Kapit ini terdapat hotel-hotel kecil dan sederhana yang boleh disewa.

Pada pandangan peribadi, Bandar Kapit ibarat sebuah pulau jauh di tengah lautan. Fungsi penting Bandar ini adalah kepada seluruh masyarakat Iban dan lain-lain kaum di seluruh Sungai Rajang dan anak-anak sungai yang berdekatan menjual dan mendapatkan sumber keperluan, urusan bank, pos, dan sebagainya. Fungsi kedua, Bandar ini adalah sokongan kepada aktiviti Pembalakan di Hulu Sungai Rejang. Disamping itu, keperluan seluruh manusia samada penduduk tempatan ataupun pendatang (samada dengan izin atau tanpa izin) turut bergantung kepada Bandar Kapit. Bagi yang mempunyai kesenangan dan kelapangan, Bandar Sibu adalah destinasi seterusnya bagi mendapatkan apa-apa keperluan.

No comments: